Thursday, January 22, 2009

Pembebasan pemikiran

Mungkin selama ini aku bergelut
Hanya dengan diri sendiri
Yang menyatakan
Nafsu itu seronok

Dan kemudian
Aku hunuskan pedang puasa
untuk meruntunkan setiap mereka
satu persatu rebah terpenggal

Namun mungkin kerana cuai
lupa aku untuk menguburkan setiap jasad itu
akhirnya aku tewas
pabila mereka bangkit semula

Dan begitulah sejarah hidupku akan berulang
menang dan kalah sehinggalah aku di syurga
hanyalah itu kemenangan sejati
menanti bidadari-bidadariku

Insyaallah
Aku menunggu kau Ainul Mardhiah
Atau mungkin lain namanya
Yang dijanjikan Allah dara selama-lamanya

No comments: