Tuesday, December 14, 2010
ha3...padan muka kau
Aku berpendapat, bahawa Rasulullah tidak pernah mengajar kita umatnya bersifat menghentam dan tinggal. Dalam erti kata yang lebih ilmiah di sini, kita telah yakin bahawa kita berada di jalan yang benar, dan kita yakin bahawa seorang sahabat atau bukan sahabat kita sekalipun berada di jalan yang salah.
Analogi:
Si penegur menegurnya pada kali pertama dan berkata,"Saudara, anda silap jalan ni, sebab jalan nak ke KL kena ikut Jambatan kedua Pulau Pinang, bukan jambatan first".
Namun begitu saudara yang ditegur ini menjawab bahawa dia amat yakin tidak salah, inilah jalannya yang datuknya, Tun Dr. Mahathir lalu dulu. Dan bukan setakat itu hujahnya, plan, jalan, peta, struktur binaan Jambatan, kontraktor yang buat dan segala sejarahnya diberitahukan kepada si penegur tadi.
Si penegur pun pulang, namun kerana taksub dengan Datuk Seri Abdullah Badawi, setelah difikir-fikirkan semula, ada banyak lagi rupanya hujah2 untuk menentang hujah saudara tadi.
Lalu si penegur pun pergi semula berjumpa dengan saudara tadi, yang tersangkut di Bayan Lepas kerana traffic jam. Dihentamlah saudara yang ditegur tadi dengan segala hujah saintifik dan geografi yang kelihatan lebih kukuh, dan kemudian disindir saudara tersebut. Namun saudara tersebut masih lagi menjawab itu dan ini. At last si penegur pun mengulangi hujahnya dengan cara yang lain dan berkata (dalam hati) ,"hah, padan muka kau".
Saudara yang ditegur terus ditinggalkan kerana kononnya masih tegar dengan Jambatan pertamanya.
Ibrah: Nabi SAW tidak pernah bersifat menghentam dan tinggalkan seseorang...pada ketika nabi SAW ke Thaif, beliau dibaling dengan batu, waima masih lagi berdoa, Ya Allah, ampunkanlah dosa penduduk ini...kalau kita yakin dengan fahaman kita, berbicaralah dengan lemah lembut dan penuh tatasusila (merangkumi fizikal dan metafizikal) untuk kita paling kurang pun, mendapat persefahaman antara kita...Insyaallah...
Friday, November 19, 2010
Apabila Kemungkaran...
a) Join
b)Lari daripadanya
c) habaq elok2
d) belasah kawan tu cukup2, pastu baru terangkan kenapa tumbuk, kenapa tendang, etc...
2. Dianjurkan oleh diri, tetapi baru insaf:
a) Teruskan saja sebab dah terbuat
b) Tinggalkan terus
c) Hapuskan kemungkaran tersebut sedaya mungkin
3. Ada dengar2 orang kata:
a) sampaikan kepada orang lain
b) cuba betulkan dengan tindakan terhadap orang terdekat
c) selidik dahulu kesahihan kemungkaran, then lepak
d) seperti (c) tapi bertindak terhadap orang terdekat
e) seperti (c) tapi terus menyerang kepada pihak bertanggungjawab
4. Dianjurkan oleh rakan-rakan
a) Join seadanya kawan kita
b) Join sesungguh-sungguh kawan2 kita
c) Join dengan tujuan nak elakkan program tersebut lebih lara(dengan sangkaan diri sbg asbab hidayah)
d) nasihat kawan, pastu xjoin langsung, pangkah kawan tu habis-habisan
e) "kubur kita asing-asing"
5. Dipertanggungjawabkan ke atas kita...(????)
a) Ubah sampai xmungkar
b) Amek sket2 mungkar sbb nak sesuaikan dengan jiwa kita yang masih ada sedikit mungkar
c) bye2 laaa....
d) seperti (c) tp bg guideline je...then terus tinggalkan
Jawapan adalah subjektif walaupun dalam bentuk objektif.....
Thursday, November 4, 2010
Terasa teruk...
Thursday, October 28, 2010
Kegelapan Laut Dalam
atau (keadaan orang-orang kafir) seperti gelap-gelita di lautan dalam, yang diliputi oleh gelombang demi gelombang, di atasnya ada lagi awan gelap. Itulah gelap-gelita yang berlapis-lapis. Apabila dia mengeluarkan tangannya hampir tidak dapat melihatnya. Barang siapa tidak diberi cahaya oleh Allah, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikitpun.Timbul pertanyaan, apakah yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah berkaitan dengan keadaan lautan dalam yang tiada cahaya? Atau mungkin kalau didengari oleh orang musyrikin Mekah dahulu, mereka cuma membayangkan keadaan kekafiran yang cuba didiskripsikan oleh Muhammad S.A.W. itu dibandingkan dengan keadaan apabila mereka berada pada kedalaman yang cuma 2-3meter pada malam hari.
Namun, mana-mana pandangan pun adalah seperti tepat dan betul.
Sekiranya pada penafisran lautan dalam, dalam dunia hari ini, yang didefinisikan pada kedalaman 1800meter di bawah permukaan laut, hanya dijumpai berdasarkan kajian yang bermula 1960-an. Melihat kepada geografi tanah arab, laut yang paling dekat dengan Mekah adalah Laut Merah yang mempunyai kedalaman purata 490meter yang tidakpun menepati ciri lautan dalam. Apakah mungkin Nabi Muhammad S.A.W pergi ke lautan Atlantik untuk mengkaji tentang perkara ini? Ini merupakan salah satu dari hujah-hujah yang menolak dakwaan bahawa Baginda S.A.W. menulis kitab ini dan berpura-pura tidak tahu menulis dan membaca.
Sebagai Muslim, bukan ini nilai Al-Quran yang semata-mata kita lihat dari sudut sains, namun dari pelbagai sudut yang lain, Al-Quran punya banyak mukjizat bagi orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah. Salah satu asbab yang paling mudah untuk hidayah adalah kita mencari ilmu dunia dengan hati menambat pada dahagakan ilmu akhirat. Berfikirlah. Sungguh amat mudah untuk mendapat asbab hidayah, walau hidayah mampu sampai kepada kita tanpa asbab sekalipun.
Saya bukanlah seorang yang bertauliah untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran. Oleh itu sebarang penulisan berkenaan ayat ini hanyalah pendapat-pendapat tanpa hujah yang kukuh. Wallahu'alam
Monday, October 18, 2010
Trauma...in organizing
Trauma kalau dalam bahasa medik mean kecederaan...
Apakah mungkin dalam dunia sebenar trauma boleh diubati dengan melalui semua kejadian yang menyebabkan trauma, untuk tidak trauma?
Watever it is, cabaran kena dihadapi, dan belajarlah, kan byk pahala Allah letak kat part belajar tuh...
Insyaallah, kalau niatnya belajar, kerana Allah, nothingless you get, you will deserve more actually....
Tapi watak tu still dalam ketakutan, masih dalam kurungan, tak sanggup dikeluarkan lagi....tp suatu hari nanti pasti watak tersebut perlu dibebaskan...
Allah, Guide my ways...
Tuesday, October 5, 2010
Quotation
Apabila ada 99 kejahatan pada orang lain, 1 kebaikan, lihatlah pada kebaikan untuk bersangka baik
Thursday, September 30, 2010
Ekstrimis
Jadi aku cantas segala tunas-tunas ekstrimisme, walau tunas itu cantik.
Monday, September 13, 2010
Jalan ini
Manusia itu dan persekitaran
Yang bakal mengubah
Dengan izin dari Tuhan penguasa alam...
tidak patut bagi umat yang yakin ini berdiam lagi dengan iman persendirian
Ayuhlah bangkit menentang kebencian
Menentang penghukuman oleh bangsa tidak layak
Penentangan ini dengan senyuman dan jabat tangan
aku muslim yang mencemuh diriku lebih dari seorang pencuri, seorang korup, seorang penzina, seorang pendusta, seorang munafik, seorang pemungkir janji
Walau sedikit sekali aku terfikir akan melakukannya
Kerana aku pembenci perbuatan dikutuk Tuhanku
Dan aku tidak pernah berpuas hati dengan kebaikan diriku yg secebis.
Thursday, September 9, 2010
Raya, nervous...
Wednesday, August 25, 2010
Pakcik yg gemar berterima kasih
Alhamdulillah, sempat. Seperti biasa, aku akan mencari port terbaik di sebelah kanan tiang besar, manakala abang di sebelah kiri tiang besar. Kami tidak rancang untuk ini, cuma naluri masing-masing yang berbeza. Seusai solat sunat, aku memerhati ke belakang, kiri dan kanan. Hati mengeluh,"manalah tok imam ni."
Muazzin pun memandang padaku dan aku pura-pura berbuat tidak nampak. Iqamat dilaungkan. Muazzin memandang lagi ke arahku. Kali ini kalau aku buat-buat tak nampak lagi, memang nak kena lempang. Memahami maksud muazzin itu aku bangun tangkas menyambar microfon mini tersebut. Sepeti biasa, jika imam tua tiada, aku digelar imam muda walaupun telah beruban seperti telah berumur 40-an.
Telah lama rasanya, aku tidak menggunakan doa qunut dalam witir di dalam solat subuh. Aku lebih selesa dengan doa qunut nazilah setelah naqibku meyakinkan yang demikian itu. Jadi, dalam qunut kali ini, aku menggunakan qunut yang jarang didengari mungkin oleh makmum.
Kebiasaan masyarakat melayu, mereka tidak akan bertanya pada perkara yang mereka dapat pelajari secara tidak formal, hanya mengikut. Namun, seusai solat, ada seorang pakcik menghampiri, bersalam dan mengucapakan terima kasih. Kemudian bertanya, "qunut tadi awat pelik semacam?"
"owh, pakcik, ni lah qunut nazilah"
"oh, terima kasih, ha, baguslah."
Jujur, aku agak tercengang dengan ucapan pakcik tersebut, oleh itu aku akhiri dengan senyuman. Dan begitulah rutin ini berulang apabila imam yang dilantik mungkin melanjutkan subuh dirumah setelah qiam.
Tetapi, hari ini, aku menggunakan qunut adat kebiasaan masyarakat melayu, dan pakcik tersebut masih lagi mengucapkan terima kasih, dan aku masih lagi tercengang dengan ucapan pakcik tersebut. Walaupun tidak sempat bersalaman dengan pakcik tersebut di dalam barisan saf, dia akan mencari aku diluar masjid ketika aku sudah bersiap untuk merempit pulang.
Mungkin Allah nak ajar aku ucapkan terima kasih....kerana menurut kajian Fadillah Kamsah, orang bulan November susah untuk berterima kasih. Mungkin kerana itu, aku tercengang selalu.
~dan aku masih tercengang tatkala menulis post ini~
Friday, August 20, 2010
911, Mosque, WTC
Wednesday, August 18, 2010
Kebencian akan kembali menular
Thursday, August 12, 2010
Tertekan
Saturday, August 7, 2010
Kisah Sikh (Sumber:Ust Maszlee)
Thursday, July 29, 2010
Pakcik yang bersemangat!
Saturday, July 24, 2010
72 ke neraka, 1 ke Syurga
- Ketika nabi SAW menceritakan tentang umat-umat terdahulu yang diberi kitab kepada mereka, baginda menceritakan tentang bagaimana perselisihan yang berlaku antara mereka tentang kitab tersebut telah memecah-belahkan mereka.
- Nabi SAW menceritakan pula tentang keadaan masa depan umat Islam. Mafhumnya: Umatku akan terpecah kepada 73 golongan, cuma satu yang akan selamat iaitu Al-Jamaah.
- Rasulullah SAW juga menyebutkan, perpecahan umat ini lebih daripada perpecahan yang berlaku dalam nasrani dan yahudi (hal ini menyalahkan dakwaan sesetengah penceramah bahawa perpecahan dalam Kristian lebih teruk dari Islam).
- Perpecahan umat ini juga lebih teruk dari perpecahan dari segi Fikh dan pentafsiran
- Perpecahan yang dimaksudkan adalah perpecahan akidah.
- Rasulullah berkata selain Al-Jamaah; jalan yang mana aku dah para sahabat berada di atasnya.
- Hadis palsu timbul selepas wafatnya Usman bin Affan
- Faktor: Masa, tempat
- Hadis dari Abdullah bin Umar(mafhumnya): Fitnah akan bermula di Najd (sambil tangan nabi menunjukkan ke arah Najr, kawasan tanah tinggi dari Madinah, pedalaman yang dekat dengan Iraq) dan diulangi 3 kali. Fitnah akan bermula di Masyrik (satu kawasan di timur) dan diulangi 3 kali.
- Abu Huzaifah r.a. merupakan sahabat yang pakar dalam perkara-perkara Ghaib. Beliau merupakan penyimpan rahsia nabi tentang orang-orang munafik. Beliau ditanya Umar mengenai Fitnah yang dinyatakan nabi dalam hadis di atas. Lalu beliau menasihati Umar untuk tidak risau kerana ada Pintu antara dia dan fitnah itu. Pintu itu akan dipecahkan dan tidak dapat ditutup balik. Lalu setelah meninggalkan Umar, seorang sahabat yang lain bertanya: Apakah pintu itu? lalu berkata Abu Huzaifah, Umarlah pintu itu. Sahabat ini bertanya lagi: Adakah Umar mengetahui bahawa dia adalah pintu? Abu Huzaifah berkata: Umar mengetahui bahawa dirinya pintu lebih daripada dia mengetahui dirinya sendiri.
- Umar r.a. balik ke rumah dan melihat Ummu Kalthun menangis, lau ditanya mengapa. Ummu Kalthum menjawab, Ka'ab Al-Akhbar mengatakan bahawa kamu adalan pintu neraka. Lalu Umar Al-Khattab pergi bertanya kepada Kaab Al-Akhbar apa yang dikatakan kepada Isterinya tadi. Kaab menjawab, ya Amirul Mukminin, sebelum habis bulanZulhijjah, kau akan memasuki syurga.
- Ka'ab Al-Akhbar merupakan seorang Yahudi yang baru memeluk Islam, beliau menerangkan kepada Umar bahawa kisahnya ada disebutkan dalam kitab-kitab terdahulu. Umar Al-Khattab dikatakan sebagai orang yang berada di pintu neraka menghalang daripada umat Nabi Muhammad memasukinya. Apabila Umar meninggal, tiada lagi yang akan menghalang umat nabi Muhammad dari terjerumus ke dalam neraka. Fitnah akan berleluasa. Umar meninggal dunia sebelum tamatnya bulan Zulhijjah.
- Pemerintahan bertukar tangan kepada Uthman bin Affan. Beza antara Umar dan Uthman: Umar membiarkan keluarganya miskin, Uthman banyak membantu keluarganya. Kisah: Anak kepada Umar membela seekor lembu, dibiarkannya lembu itu berkeliaran di kota, lalu gemuklah lembu tersebut, Umar bertanya, mengapa gemuk benar lembu ini, anaknya menjawab: aku hanya membiarkannya di kota. Umar memerintahkan anaknya menjual lembu tersebut dan mengambil sekadar ketika lembu itu kurus, selebihnya disedekahkan.
- Kisah Uthman: Seorang munafik meniru tulisan Khalifah ini dan mencuri cap Mohornya untuk menulis surat perintah bunuh kepada anak Umar Al-Khattab yang ketika itu menjadi Gabenor di Mesir. Surat itu diberikan kepada kelompok di Mesir. Kelompok dari mesir itu marah lalu mengatur rombongan ke Baghdad. Mereka mengepung Uthman lalu memberi 3 pilihan:
- Melepaskan pemerintahan dan biarkan umat Islam untuk memilih pemerintahnya yang baru
- Melaksanakan hukum Qisas
- Hukum bunuh dari pihak Mesir ke atas Khalifah
- Umar menjawab:
- Aku tidak akan melepaskan baju(tanggungjawab Khalifah) yang Allah telah pakaikan ke atas aku.
- Tiada siapa yang terbunuh, oleh itu tiada hukum Qisas yang perlu dilaksanakan
- Kalau kamu membunuh aku, nescaya kamu tidak akan melihat lagi umat Islam bersolat Jemaah bersama-sama, kamu tidak akan melihat lagi penyatuan dalam Umat ini.
- Kelompok dari mesir ini mengambil keputusan membunuh Khalifah tersebut. Lalu mengangkat Ali sebagai sebagai Khalifah. Berita pembunuhan ini sampai kepada Aishah dan Muawiyah. Perang Aisyah-Ali: perang Jamal. Aisyah kalah. Perang Muawiyah-Ali: perang Tafkim. Muawiyah kalah tetapi Muawiyah berhelah (berlandaskan nas dari hadis nabi SAW - bolehnya berhelah dalam perang). Apabila tentera Ali meletakkan senjata, Muawiyah mengangkat kembali senjata menguasai keadaan.
- Selepas daripada perang tersebut, Umat islam berpecah kepada 3 kelompok; Syiah, Khawarij dan Al-Jamaah
- Syiah - mengatakan bahawa khilafah(bukan khalifah) perlu ditentukan menerusi ketentuan, dalam kes Khalifah, Ali dan keterunannya menjadi Khalifah.
- Khawarij - Khilafah perlu ditentukan dengan ijtihad, tetapi tiada nilai ijtihad tersebut
- Al-Jamaah - Khilafah ditentukan dengan Ijtihad sahaja.
- Ketika nabi menyebarkan Islam dalam kalangan para sahabat, tiada persoalan, sahabat terima sepenuh hati. Tidak pun dipersoalkan dimana Allah, bukti kewujudan Allah dsbgnya.
- Namun di Iraq, perkembangan tamadun-tamadun awal, percampuran antara Yunani, Greek dan Parsi menyaksikan perkembangan ilmu falsafah. Sebelum kedatangan islam. Ahli-ahli falsafah tidak dapat mendefinisikan Tuhan dan Ilmu-ilmu ghaib.
- Setelah kedatangan Islam, pertembungan antara Falsafah dan Akidah menghasilkan masalah yang merumitkan. Mereka mempersoalkan tentang akidah, takdir dan Zat Allah. Lalu muncullah golongan Muktazilah yang menafsirkan Hadis dan Al-Quran menggunakan akal semata-mata.
- Imam As-Syafie pada ketika itu berkata: tidak ada yang lebih aku benci melainkan Falsafah dan Ahli-ahlinya. Imam Syafie mengambil sifat berkecuali dengan menghalau ahli-ahli falsafah yang berada dalam majlis-majlis ilmunya.
- Namun begitu, ada golongan yang memikirkan, muktazilah ini perlu dilawan. Lalu muncullah golongan Asyairah dan Maturidiah.
- Golongan Muktazilah ini mempersoalkan tentang logik pada hari kebangkitan nanti, roh dan jasad atau roh sahaja. Kerana mereka berpendapat jasad manusia ini terdiri daripada beberapa jasad manusia yang lain. Golongan anti-muktazilah menjawab, apakah susah bagi Allah mengumpulkan kembali roh dan jasad daripada pelbagai jasad sedangkan Allah telah menciptakan manusia daripada tiada apa-apa kepada ada
- banyak lagi yang menarik tentang persoalan2 muktazilah, namun tidak menjadi maslahah untuk dibincangkan kerana umat islam hari ini memerlukan kembali kepada Islam, bukan persoalan2 ranting.
- Dalam budaya masyarakat Arab, 7 bermaksud banyak. Tafsiran ini cuba menyampaikan bahawa, dalam hadis tersebut tidak disebut tentang nombor itu secara spesifik, tetapi keadaan yang bakal berlaku nanti.
- Kesesatan yang timbul atas 3 sebab. Berdasarkan hadis lain dari Imam Baihaqi dan seorang imam yang lain(xingat nama!!) mafhumnya: dari Nabi SAW: Agama ini akan dipikul oleh orang-orang yang terbaik dan mereka yang akan pertahankan dari orang yang melampaui batas, orang yang ingin merosakkan dan orang yang jahil.
- Oleh itu cara manusia sesat:
- Pelampau - menyimpang
- Perosak - dakwah palsu
- Jahil - takwil dan tafsiran
Saturday, July 17, 2010
The reality about Czech, from my eyes
Tuesday, July 13, 2010
Disebalik kecaman ke atas Hitler (Harap maaf sumber tidak kukuh)
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Thursday, July 1, 2010
Matang
Bagitu juga apabila anda belajar dan berusaha, untuk melepasi sesuatu ujian. Kemudian anda meletakkan percaya, usahaku sedemikian dan sebegini, konfem Allah akan bagi apa yang aku nak. Tidak juga anda matang.
Kerana dunia itu tidak berputar atas konsep logik. Malah konsep logik itu sendiri sesuatu yang bersandarkan pada ilmu pengetahuan yang lain. Ia tidak terteguh dengan sendirinya. Oleh itu, letakkanlah pada Allah, dan baik buruk itu bukanlah pada pandangan manusia. Akuilah Allah itu tuhanmu dan tuhanku, Muhammad itu contoh ikutan terbaik. Kita hanyalah ilusi apabila kita melupakan pencipta kita.
Wednesday, June 23, 2010
Toleransikan fikiran walau berbeza fikrah
Ya, ada sejarah hitam bagi yang mengetahui, dan sejarah putih jangan kita pandang sepi.
Laksana orang-orang cina, walau berbeza pandangan politik, apabila hadir kepada sesuatu masalah yang memerlukan kepada kebersamaan, politik ditinggalkan diluar rumah, persisnya politik itu kasut.
Kita hanya berbeza fikrah, apa fikrah itu kita nak jadikan benteng penahan idea, mencipta satu ruang yang kita rasakan selesa tanpa idea kita dicabar?
Ya, mungkin kerana pandangan aku daripada perspektif seseorang yang bergelar pengikut. Oleh itu aku agak bias.
Selagi mana umatku memandang satu fikrah yang lain itu salah, aduh, we are still declining in strength.
Hormatilah perbezaan dan janganlah kita memulaukan antara satu sama lain.
Friday, June 18, 2010
Allah Maha Pemurah, Maha Mengasihani(bahasa remaja=sweet)
Kalau nikmat yang diberikan, satu alam aku terasa milikku, namun Kau jualah yang menserdehanakan kegembiraanku, agar aku gembira di akhirat sana..
Tentukanlah hidupku ya Allah, dengan caramu...bentuklah keyakinanku kepadaMu, persis orang2 yang telah kau redhai sejak didunia lagi..
Wednesday, June 16, 2010
Immortalize Army
Pada kekerasan itu aku umpamakan seperti barisan-barisan tentera yang sedang berada di medah perang.
Alhamdulillah, barisan tentera ini jika diletakkan pada zaman Khalifah masih wujud, bukanlah pada zaman yang mana seorang budak menangis pada bapanya, tatkala bapanya tidak memberikan hamba perempuan kepadanya.
Dan inilah barisan-barisan tentera yang tegar dalam solat, menunaikan zakat dan berpuasa pada kesekian harinya. Mengharapkan agar barisan tentera ini terus bertahan sehingga berjumpa dengan Barisan-barisan tentera dari armada yang lain.
Namun, barisan tentera ini tidak sesekali shahid, kerana ia bakal diwarisi oleh hanya insan yang layak. Hilangnya barisan tentera ini, maka itulah alam kubur yang menantiku.
Darah dan daging musuh bukanlah kepuasan tentera ini, kerana musuhnya tidak berdaging dan berdarah. Kepuasan Allah itu yang hakiki.
Tuesday, June 8, 2010
Kisahnya bukan dunia, tetapi iman kita
(bercakap tanpa dalil, mohon maaf atas kedaifan ilmu)
Usahakanlah atas iman Tuan-tuan. Nescaya tidak mustahil untuk tuan-tuan terpilih sebagai asbab untuk Allah melaksanakan Sunnahnya.
dan aku risau, aku tidak berada dalam bahtera pilihan Allah. Pilihlah aku ya Allah.
T.T
Monday, June 7, 2010
Just for Muslim
Kerana tanggungjawab muslim ke atas muslim yang lain,
Iman itu lebih penting dari maruah kemanusiaan.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq:
aku lebih rela melihat tulang-tulang isteri nabi mati digonggong anjing daripada melihat iman umat islam jatuh walau sedikit
Bertakwalah kepada Allah, nescaya kamu mengerti kesakitan umat.
Mimpi seorang ukhti bertemu Rasulullah. Kerdilnya diri ini yang mengimpikan perkara yang sama.
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."
Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)
Sunday, June 6, 2010
Muhammad Nikmat Kefahaman
Dalam dunia ini aku cuma yakin dengan perkataan Tiada tuhan selain Allah, no doubt...
Untuk pernyataan seperti perjuangan, belum aku benarkan secara hati....
Hanya dibenarkan secara lisan...dan aku berusaha untuk hati ini membenarkannya...
Ternyata ilmu aku masih terlalu sempit untuk itu...
Ya, Allah, bantulah aku dalam aku merealisasikan maksud namaku...
Saturday, June 5, 2010
The possibilities
Or they can make an accident that they said not from them.
They are Israeli specifically Zionist, the biggest terrorist of the world, supported by the world police, United State.
I'm off for a day to educate the Czech people in Prague about whats really happening in Flotilla. The possibilities that might be happened: I will arrested by police, termination of the visa and going back to Malaysia. I am the peace activist as what my religion named after.
If I was jailed, I hoped be a shahid in the path of Allah by fighting for the truth. Insyaallah. Keep the doa accompanying me. This can be my last word in this blog. If I have any debt, please settle them and forgive me for what I'm wrong.
-The name was graved out-
Tuesday, June 1, 2010
Perjuangan Itu kan Subjektif
Hakikat
Aku hanya mampu melihat dan memberi komentari
Harus diaktivasikan self renewal
Lagi sekali,
Aku dicuba dalam cubaan dan ujian,
Yang berlaku juga semasa aku di KMB
Namun apabila waktu senggangku, aku berfikir kembali,
Itulah tarbiyah dari Allah ke atasku
Untuk menjadi lebih matang dan kuat
Dan menjadi dalam golongan hambanya yang berfikir
Kesedihanku bercampur baur keresahanku
Kesedihan ke atas tindakan Israel yang dibiarkann
Kesedihan ke atas umat Islam
Kesedihan ke atas umat manusia dunia sejagat
Kesedihan ke atas diriku sendiri
Keresahan menghadapi ujian yang aku kira besar dari Allah
Keresahan atas umat Islamku disini, tatkala dakwah berjalan, jahiliah juga tidak kurang
Keresahan atas fitnah yang bakal menimpaku dan agamaku,andai aku membawa faktor fitnah..
Keresahan dan kesedihan yang amat pelbagai dan bersifat polymorfik.
Namun semuanya berkisar tentang diriku sendiri.
Dan aku harus terus bangkit dari kesedihan dan keresahan ini.
Ya Allah, tanpa kematian yang engkau tetapkan kepadaku,
Hakikat perjalanan hidupku masih lagi panjang
Natijahnya, ada hakikat yang lebih besar yang harus aku sedari.
Sepanjang mana pun perjalanan kehidupan dunia,
Pasti, kehidupan di akhirat itu lebih panjang perjalanannya.
Elakkanlah ya Allah aku dari fitnah dunia dan akhirat.
Sungguh, aku adalah dari Golongan yang membenci kebatilan.
Sunday, May 30, 2010
Andai Kau nafikan penghambaanku....
Allah, I am a human who always forgot
And not thankful
FORGIVE me Allah...
Because I always feel guilty...
In Every second of my breath..
Friday, May 21, 2010
Disaat mana ditimpakan musibah...
Aku perlu terus kekal yakin kepada Allah, tatkala orang yakin terhadap pengharapan.
Apakah kita mengatakan bahawa manusia itu lebih baik penilaiannya tatkala kita yakin adanya pencipta kepada manusia itu?
Aku tidak lain hanya manusia biasa. Hidupku ditentukan Allah, Tuhanku. Dan aku punya emosi. Untuk berasa kecewa, lumrah. Untuk terus berusaha, ia juga lumrah. Jangan dijadikan itu dan ini sebagai alasan. Setiap muslim itu ada potensinya.
Saturday, May 15, 2010
Mungkin pada namaku itu, aku memahami...
Pemahaman ini telah mengehadkan tahap emosiku dari bertindak melebihi intelek. Oleh itu, amat susah bagiku untuk memberitahu manusia secara amnya, apa yang telah aku temui. Dan pemahaman yang dikurnikan Allah ini jugalah, membuatkan aku tidak berada dalam mana-mana gerakan secara aktif. Kerana aku masih lagi mempunyai kecenderungan mengkritik tetapi tidak memberikan resolusi. Aku kejam dalam hal ini. Namun insyaallah, aku cuba untuk mengubah paradigma ini.
Kebelakangan ini aku lebih memahami tindakan golongan Syiah, Tarekat dan Ikhwanul Muslimin secara kasarnya. Yang kelihatan pemikiran golongan-golongan ini cukup unik antara satu sama lain namun mempunyai keharmoniannya yang tersendiri.
Bagiku sendiri, agak kejam kalau kita mengatakan golongan syiah itu telah sesat, kalau kita tidak mengkaji latar belakangnya, dari sudut bagaimana mereka menerima ajaran tersebut, serta lihatlah pada diri kita yang lebih kejam mengehadkan tindakan mereka hanya kerana mereka tidak memahami yang berpunca dari kita yang tidak menerangkan kepada mereka. Syiah pada asalnya tidak langsung sesat, walhal mereka cuma golongan yang ingin mengangkat Ali sebagai contoh tauladan terdekat, namun kerana ignorance kita sendiri dalam menyelesaikan masalah ini, mereka terbiar dalam kesesatan tersebut. Hatta, ada dari golongan syiah sendiri telah menyedari kesesatan mereka dan sedang berusaha mengembalikan masyarakatnya ke jalan kebenaran. Namun begitu, kalau hanya sekelompok dua, dan dihadkan lagi dengan tindakan Ahli Sunni yang telah menstereotypekan secara keseluruhan syiah itu sesat, kita tidak akan menjumpai jalan keluar kepada kemelut umat ini.
Golongan tarekat dan tabligh, bukanlah golongan yang hanya mementingkan cara konservatif dalam tindakan mereka. Dakwaan ini timbul apabila kita hanya menilai mereka daripada gerak kerja pengikutnya tanpa mengkaji secara mendalam. Saya secara peribadi melihat golongan ini kurang menyeru kepada ilmu selain kepada kalimah tauhid dan mengingati Allah. Hal ini kerana iklim masyarakat hari ini yang tidak semua tersentuh dengan perkara-perkara agama yang bersifat mendalam dan complicated. Memang tidak dinafikan, golongan ini mampu mencipta satu komuniti yang cukup bersemangat dan mengikut gerak kerja yang telah diukirkan sehalusnya. Namun agak merbahaya apabila ada yang menggunakan agenda gerak kerja ini untuk kepentingan diri. Dan sekali lagi, kalau kita hanya melihat pada sisi buruknya kita lebih cenderung untuk memukul rata dakwaan tersebut. Secara peribadi, penulis sendiri merasakan pengetahuan itu menimbulkan lebih banyak kegelisahan hati apabila melihat realiti masyarakat.
Dalam gerak kerja Ikhwanul Muslimin, yang sejarahnya saya melihat dengan cukup gemilang dan cemerlang dalam membentuk soldadu-soldadu muslim secara keseluruhan. As-Syahid Hassan Al-Banna, masyaallah, saya cukup mengagumi tokoh ini. Namun begitu, dalam mengimitasi gerakan ini, pastikan kita punya sumber dan pegangan yang jelas yang menerangkan kepada kebenaran yang berlaku pada saat dan ketika itu dari segi sosiomasyarakat pada ketika itu disesuaikan dengan pada masa sekarang. Penulis secara peribadi menyatakan, golongan ini mampu mencipta pembaharuan dalam dunia islam secara keseluruhannya. Namun kita memerlukan semangat ruhi dalam menyelesaikan masalah dalam golongan ini. Secara hakikatnya, golongan ini tidak langsung saya lihat sebagai bermasalah, namun cuma memerlukan sedikit sahaja lagi keseriusan dan kemahuan yang tinggi dan kebergantungan kepada Allah. Saya telah melihat beberapa orang yang berada dalam golongan ini yang telah berjaya mencukupkan kekurangan ini, dan saya lihat mereka dengan penuh harapan, bahawa merekalah pemimpinku di masa hadapan, insyaallah.
Sesungguhnya, saya menulis artikel panjang ini tanpa sebarang rujukan kecuali satu, iaitu rujukan dari pengalaman hidup dan mengharapkan petunjuk dari Allah. Maafkan saya sekiranya ada beberapa ayat atau frasa yang tidak disenangi dalam penterjemahan idea pada kali ini. Terima kasih kepada Ustaz Maslee Malik yang telah menginteleksikan pelajar di Czech termasuk saya menunjukkan bagaimana untuk kami berdepan dalam mendilusikan idea kami dan idea dari pelbagai orang. Moga-moga kita semua terus dikurniakan petunjuk insyaallah.
Wallahhua'lam
Saturday, May 8, 2010
Tidak anda belajar kalau perkara tersebut terlalu mudah untuk dicapai
Andai untuk aku bantu manusia dari segi kesihatan, perlu aku fahami keseliratan badan manusia itu, apakah ke punya kejam kalau aku lari dari membantu agama Allah hanya kerana berseliratnya keadaan umatku?
Sungguh mudah bagi Allah untuk mengira dan menghitung segala amalan penduduk bumi namun Allah nyatakan adanya hari pembalasan, tidak langsung kerana kelemahan Allah untuk menguruskan pengiraan tersebut, tapi kerana Allah nak fahamkan kita, ada perkara yang menanti.
Sungguh mudah juga bagi Allah untuk memilih sekian manusia dan walau untuk memberi perintah solat kepada umatnya, namun Allah jadikan sekian peristiwa dan Allah angkat salah seorang di antara kamu hanya kerana untuk bagi kamu nampak WAHAI MANUSIA betapa lemahnya pemahaman kamu terhadap ilmu Allah.
Dan sunggh, masihkah lagi kamu menjadi insan-insan yang lupa akan kekuasaan Tuhannya? Yang terasa janggal apabila ada manusia datang lalu mengatakan Allah itulah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dan lalu mengatakan, aku tahulah perkara itu. –Apakah pengetahuan itu menghalang pemberitahuan dan peringatan?-
Sunday, April 11, 2010
Perbezaan Pendapat
Satu kebiasaan apabila kebanyakan pengamal perubatan Jerman dan Poland mengatakan cranial nerves ada 13, pengamal perubatan Rom pula mengatakan cranial nerves ada 14, dan pengamal perubatan czech republik pula mengatakan cranial nerve cuma ada 12 diakhiri dengan hypoglossal nerve. Dalam perselisihan ini tidak pernah pun kita rasa hendak meninggalkan ilmu medic kerana kelihatan pincang atau sesuatu seumpamanya.
Namun agak pelik apabila ulama berbeza pendapat dalam menyatakan berapa orang dalam kisah ashabul kahfi, atau tempat-tempat wakaf yang dibolehkan dan diharamkan berhenti di dalam pembacaan al-quran, mahupun apabila berbeza pendapat dalam bacaan doa qunut sekalipun. Norma masyarakat hari ini memandang agama sudah lagi tidak tulen dan banyak cacat celanya.
Biasnya manusia terhadap agama dan inilah alasan agama diketepikan dalam kehidupan seharian. Wal hal, Islam sebagai ad-Din itu menyelesaikan segala macam masalah yang timbul. Ustaz Maslee Malik mengatakan, critical thinking, berfikir dengan tujuan mencari jawapan, bukan dengan tujuan merendahkan sesuatu kaum atau pandangan dari mana-mana pihak. Dan Islam itu membenarkan segala kebenaran yang kita rasakan. Dan menyalahkan segala yang tidak baik bagi manusia.
Bacalah Al-Quran dengan pemahaman dan bukan setakat bertilawah. Kerana di sana punya panduan yang menjana pemikiran dan pendapat. Pendapat-pendapat itu janganlah dijadikan alasan untuk kita berada di luar dari perbincangan dan hanya memerhati perkara yang kita interpretasikan sebagai "perbalahan orang berilmu".
Tanamkan niat dengan kata kunci "Mencari Allah". Nescaya akan datang jawapan yang bersifat hakiki memadamkan jawapan-jawapan relatif.
Friday, April 9, 2010
Mimpi mengerikan - Sembelihan
Aku bersama 6 orang rakan-rakan yang lain berada di sebuah rumah yang dimiliki 4 orang dewasa. Rumah tersebut diliputi malar hijau dan perang disekelilingnya. Cuma satu pintu yang ada untuk akses masuk ke rumah tersebut. Terdengar bunyi kicauan burung melegakan kami yang berada dalam kesesatan. Kami menumpang di rumah tersebut selama satu malam sebelum mencari jalan keluar.
Perihal 4 orang pemilik rumah tersebut tidak dapat aku gambarkan. Tetapi mereka kelihatan mesra dan ramah. Malam menjelma meliputi segenap pelusuk alam dengan kezulamatannya. Cuma ada cahaya bulan purnama yang menerangi kami di dalam kegelapan hutan. Sungguhpun begitu, tidak pula aku terfikir akan keberadaan elektrik di tengah hutan dan bekalan air yang cukup efisyen. Alam mimpilah katakan.
Aku keluar dari rumah menikmati angin malam tropika yang cukup mengasyikkan. Mungkin kerana mimpi, tidak sempat aku meratibkan sebarang kalimah kebesaranNya mahupun berfikir masalah umat. Setelah puas aku kembali ke rumah tersebut.
Apabila aku melangkah masuk, aku melihat 4 rakanku sedang disembelih oleh tuan rumah dengan pisau yang panjangnya melebihi 40cm di dalam bilik bersiram. Namun aku pelik dengan perasaanku sendiri, yang cuma marah tanpa disertai ketakutan. Aku memarahi mereka kerana telah membunuh rakan-rakanku. Tidak langsung hadir gerun dalam hatiku bahawa dia bakal menghayunkan pisau tersebut memotong carotid artery dan jugular veinsku. Dan mereka insaf dengan begitu mudah. Tiada langsung sebarang tindakan fizikal yang aku lakukan terhadap mereka.
Lagu Sujud yang dinyanyikan KRU dan Mawi telah membangunkan aku dari mimpi tersebut. Istighfar panjang.
Al-Quran hari ini telah mengajarkan aku:
Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu Qisas berkenaan dengan orang yang dibunuh.(sambungan sehingga akhir ayat) (2:178)
*tidak mungkin mampu aku memegang pimpinan orang muslim, aku hanyalah bidak kecil dalam sebuah perlawanan catur. Namun sungguh, Allah maha mengetahui.
Wednesday, March 31, 2010
Aku sang pemikir
Idea tu banyak
Tapi tak guna idea dalam bentuk yang orang tak paham
Cuba lah sampaikan idea
Merepek je lebih kau ni
Kadang-kadang pemikiran itu memang menakutkan
Dan diluar norma masyarakat sekitar
Kadang-kadang kau kata
Aku memang gila
Tapi sebenarnya itu alas an
Kau penakut realitinya
Tetapi still tiada kejadahnya
Kalau kau berfikir tetapi tidak melakukan
Samalah seperti kau computer
Kau punya banyak maklumat
Dan kau tiada printer Braille
Untuk memahamkan pengguna yang buta
Sunday, March 21, 2010
Mimpi mengerikan – Pemimpin dunia
Aku tidur seperti biasa pada malam itu, cuba menyilangkan kaki dan berfikir bagaimana tidur secara sunnah itu mampu mampu mengelakkan dari sakit jantung. Mungkin hal ini memerlukan kajian lanjut kerana hanya fikiranku. Dan silangan kaki itu aku leraikan kerana masih lagi tidak biasa. Selesa dan aku lelap ke dalam alam tidur. Belum mimpi rasanya.
Setelah gelombang otakku mencapai tahapnya, aku tersedar, berada dalam satu konvensyen. Aku bertanya pada diri, apa kejadahnya aku disini. PA system dihujung jemariku. Aku melayan nafsuku ke atas mesin tersebut(kelihatan kasar pula).
Setelah lama, baru aku sedari, yang berada dihadapan aku adalah Barack Obama, Hu Jintao, Vladimir Putin, King Abdullah bin Abdul Aziz dan ramai lagi yang kebanyakannya dari Negara berkulit putih. Mungkin ada seorang atau dua yang mencorakkan warna-warna kulit yang lain. Kelihatan seperti mereka sedang menunggu sesuatu.
Aku sudah tidak ingat bagaimana kronologi yang membolehkan aku menerjah ke atas pentas. Yang mana tatkala sebelum itu aku telah ditahan oleh rakan-rakanku dari menuju ke rostrum. Dan aku berdiri dihadapan itu tanpa rasa gugup, tetapi pelik, kerana aku dapat rasa aku perlu mengatakan sesuatu, tapi tidak dapat dijelmakan secara perkataan.
Aku teringat, akan pesan Nabil Aiman: "Cakap je dengan cara yang kau rasa apa yang perlu kau cakap". Lalu aku memulakan ucapan. Aku menyeru kepada keamanan dan menyampaikan tentang hakikat islam secara penuh semangat. Semangat yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini, tetapi sedikit pelik, kerana semangat itu tidak dihadiri dengan rasa hidup.
Aku lihat muka mereka masam. Mungkin kerana mereka akan kehilangan segala sumber ekonomi haram mereka yang berasaskan riba, arak, judi dan rokok. Atau mungkin kerana aku terlalu keras dalam ucapanku yang secara langsung menyebut setiap kesalahan dunia yang terkena setiap pemimpin dunia tersebut.
Lumrah dunia kemudian berlaku, aku diseret pasukan keselamatan. Namun, Cuma dihadapan pentas, kemudian aku dibebaskan. Aku memanjat tangga dibelakang pentas dan naik ke atas. Ada satu liqa' di situ. Aku tidak dapat mengingati secara detail siapa di dalam liqa mahupun apa pakaiannya. Pada saat aku duduk, cahaya subuh dari tingkap membangunkan aku. Lagi 10 minit nak habis subuh!!!!astaghfirullah..
Aku tidak meminta langsung untuk menjadi seorang pemimpin dalam sebuah Negara mahupun bercakap dihadapan pemimpin-pemimpin dunia. Ya Allah, elakkan aku dari memegang tanggungjawab yang penuh dengan dosa. Namun sekiranya itu ketetapanmu terhadapku, kurniakanlah kekuatan kepadaku untuk menghadapi tentangan hamba-hambamu yang masih belum beroleh hidayah dan jemaah yang benar yang mampu menegur setiap tindakanku.
Saturday, March 20, 2010
Rules of Joking in Islam
Some people joke too much and it becomes a habit for them. This is the opposite of the serious nature which is the characteristic of the believers. Joking is a break, a rest from ongoing seriousness and striving; it is a little relaxation for the soul. 'Umar ibn 'Abd al-'Azeez (may Allaah have mercy on him) said: "Fear joking, for it is folly and generates grudges."
Imaam al-Nawawi (may Allaah have mercy on him) said: "The kind of joking which is forbidden is that which is excessive and persistent, for it leads to too much laughter and hardening of the heart, it distracts from remembrance of Allah, and it often leads to hurt feelings, generates hatred and causes people to lose respect and dignity. But whoever is safe from such dangers, then that which the Messenger of Allah (peace and blessings of Allaah be upon him) used to do is permissible for him."
Sa'd ibn Abi Waqas said: "Set a limit to your jokes, for going to extremes makes you lose respect and incites the foolish against you."
The amount of joking should be like the amount of salt in one's food.
The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: "Do not laugh too much, for laughing too much deadens the heart." (Saheeh al-Jaami', 7312)
'Umar ibn al-Khattab (may Allah be pleased with him) said: "Whoever laughs too much or jokes too much loses respect, and whoever persists in doing something will be known for it."
So beware of joking, for it "causes a person to lose face after he was thought of as respectable, and it brings him humiliation after esteem."
A man said to Sufyan ibn 'Uyaynah (may Allaah be pleased with him), "Joking is not right, it is to be denounced." He replied, "Rather it is Sunnah, but only for those who know how to do it and do it at the appropriate time."
Nowadays, although the ummah needs to increase the love between its individual members and to relieve itself of boredom, it has gone too far with regard to relaxation, laughter and jokes. This has become a habit which fills their gatherings and wastes their time, so their lives are wasted and their newspapers are filled with jokes and trivia.
The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "If you knew what I know, you would laugh little and weep much." In Fath al-Baari it says: "What is meant by knowledge here has to do with the might of Allah and His vengeance upon those who disobey Him, and the terrors that occur at death, in the grave and on the Day of Resurrection).
Muslim men and women have to be inclined to choose righteous and serious friends in their lives, who will help them to make good use of their time and strive for the sake of Allah with seriousness and steadfastness, good and righteous people whose example they can follow. Bilal ibn Sa'd said: "I saw them [the Sahaabah] jokingly pretending to fight over some goods, and laughing with one another, but when night came they were like monks."
Ibn 'Umar (may Allaah be pleased with him) was asked, "Did the Companions of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) laugh?" He said, "Yes, and the faith in their hearts was like mountains."
So you have to follow the example of such people, who were knights by day and monks (i.e., devoted worshippers) by night.
May Allaah keep us, you and our parents safe on the Day of the Greatest Terror, those to whom the call will go out on that great Day:
"Enter Paradise, no fear shall be on you, nor shall you grieve"
[al-A'raaf 7:49 – interpretation of the meaning]
Thursday, March 18, 2010
Kau "A", dan aku "B"...tapi kita kan huruf..
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
Sori bro,
Gua kalau kasi cakap terang punya
Dalam dunia ni la
Tiada lagi lapikan-lapikan kata
Kita selalu kata berlapang dadalah antara gerakan kita
Ya lah, berlapang dada
Sampaikan bila Si "A" buat aktiviti
Si "B" dalam mesyuaratnya: jangan la terlibat, itu Si "A" punya aktiviti
Kita bergerak ke arah satu matlamat
Common la brader
Support each other
Kalau salah kat mana-mana, tegur
Tegurlah secara yang patut ditegur
Jelaskan hujah yang anda benar berlandaskan Quran dan Sunnah
Yang ditegur pun
Jangan harap la dalil satu rak
Dari orang yang menegur
Cari dan Kajilah apa yang ditegur
Tak kisahlah, anda Tabligh ke, Ikwanul Muslimin ke, ISMA ke, MSM ke, PEMBINA ke, Hizbut Tahrir ke, KONSIS ke, Syiah walau.
Apa jenis pun lah..
Kalau benar kita nampak matlamat
We are stronger by asbab to support each other
Do your work…and support others as well
Who have the same objective
Dan segala kutukan kalau ada dalam tulisan di atas
Adalah kembali kepada diriku yang menulis
Tidak perlulah anda mencela aku kerana aku mencela diriku setiap hari
Di Hadapan Penguasa Hari Akhirat
Lihat diri sendiri
Friday, March 12, 2010
Hakikatnya aku hanya memerhatikan!!!
Aku pergi ke atas sebuah bukit
Lalu melihat Olomouc dari atasnya
Aku nampak masjid bersepah
Pada rekabentuknya, bukanlah pada zatnya
Aku lihat manusia boleh hidup tanpa arah
Tanpa Allah
Aku bertanya kembali, benarkah mereka ini manusia
Tidak mustahil kerana aku pun pernah dan kerap saja lupakan Allah
Astaghfirullah
Aku lihat bayi comel, disorong ibunya
Kecomelan yang tidak boleh diterangkan dengan kata-kata
Tapi pada masa yang sama aku merasa kasihan
Dan sedih
Kasihan kerana biarlah secomel mana pun bayi tersebut
Tanpa islam, tidak berguna kecomelan tersebut
Sedih kerana aku hanya mampu mendokan keislaman bayi tersebut pada masa depan
Aku lihat lagi, dan kali ini aku tertawa
Gelagat rakan-rakanku
Yang tidak kurang tambah berada dalam keadaan tidak mengingati dan berzikir
Aku tarik senyuman dan tawaku
Bukan kerana aku antisocial
Tapi aku takut kalau dalam tawaku, aku mati
Habis tu, kalau mereka mati?
Tanda imanku tiadalah lengkap
Aku lihat lagi, kali ini dengan kekenyangan dalam kelaparan
Kerana ada sebuah kedai makan Islam yang Halal di tgh Bandar Orang ini
Tapi dia jual Arak dan beer
Dan hatiku hanya mampu berdoa, ya Allah, berikanlah hidayah kepada mamat ni sekeluarga
Tapi hakikatnya, aku hanya melihat…dan berfikir…kemudian menangis
Dan aku ulangi rutin yang sama setiap hari
Aku zikirkan namamu ya Allah
Dalam setiap jalan yang aku lalui di Bandar Olomouc ini
On how did You gave Saad bin Abi Waqash an ability to speak and told to those Chinese people that the God is One
I hope that Allah allow me to do the same to these Czech people
Hidayah is yours, Allah.